10923242_10153854812124572_8529140886090856678_n

 

Menurut pengirim: “Kisah Benar Wira OP MURNI 2014. 1127375 Sjn Mohd Fadil bin Zakaria dari skn komstrat, rps telah Berenang dan Meredah lautan banjir sejauh hampir 10 KM Bagi Mendapatkan Bantuan Pihak Polis @ Pasukan Penyelamat yang beroperasi di sekolah jenis kebangsaan cina, tanah merah, Kelantan Semasa Bencana Banjir Tempoh Hari. Rumah beliau dan Beberapa Penduduk Kampung yang terletak di Kg Sokor Blok Tok Raja, Tanah Merah, kelantan Telah Dinaiki Air Secara Mendadak Pada Malam kejadian.

Mereka Tiada Pilihan Lain Melainkan melarikan diri ke Atas Bukit yang terletak di kg tersebut Sebagai Tempat Berlindung. Disebabkan Bekalan Makanan Serta Ubatan Telah Habis Pada Hari Kedua, Beliau Bersama Dua Orang Penduduk Kampung bertekad Untuk Berenang dan Meredah lautan air Bagi Mendapatkan Bantuan. Mengikut keterangan beliau lagi, 2 org penduduk Kampung yg berenang bersama terpaksa berpatah balik kerana tidak sanggup dan keletihan. Menceritakan keadaan dan suasana pada ketika itu, tiada tempat untuk beliau berpaut semasa berhenti rihat kerana Pokok Getah yang paling tinggi pun turut tenggelam.

Beliau terpaksa melakukan perapungan beberapa ketika untuk berihat sebelum meneruskan renangan. Arus air yang deras menyebabkan bot penyelamat tidak berani memasuki kawasan tersebut. Makanan hanya dapat disalurkan melalui Super Lynx. Tiada air bersih dan hanya bergantung kepada tadahan air hujan untuk minuman. Dianggarkan 20 buah keluarga terperangkap disitu selama 8 hari.

Diatas keberanian luar biasa yang ditunjukkan oleh beliau, pasukan telah meyampaikan sijil keberanian dan sebilah pisau keberanian kepada beliau pada 21 Jan 15 iaitu sempena perbarisan peg mem. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan bakti beliau…..Aamiin ya Rab….”

megachannelz