TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU AKAN DILUPUSKAN DAN DIGANTI PROJEK PERUMAHAN

Dalam masa yang sama, mari kita ambil tahu apa itu Tamadun Sungai Batu.

SEJARAH PENEMUAN SUNGAI BATU

Pada tahun 2007, Universiti Sains Malaysia diminta oleh Jabatan Warisan Negara ke Lembah Bujang untuk melengkapkan data bagi tujuan menjadikan Lembah Bujang sebagai tapak pelancongan di dalam Koridor Raya Utara (NCIA)

Apabila USM masuk, timbul satu isu atau pertanyaan, mengapa bukti-bukti sejarah yang ditemui adalah berada dalam lingkungan abad-abad selepas masehi sedangkan Melaka telah digunakan lebih awal lagi iaitu pada abad pertama selepas masehi.

Kajian lanjutan telah dibuat oleh USM melalui kajian geologis dan penggunaan satelit dunia, Lembah Bujang didapati masih berada di bawah paras laut semasa abad pertama sehingga ke 3 masehi.
Sungai Batu adalah tempat dataran utama berhampiran dengan laut pada waktu itu.

‘Slide’ Prof menunjukkan peta-peta kawasan Sg Batu dan Lembah Bujang mengikut abad.

i) Abad 1 hgga ke tiga
ii) Abad 4 hngga ke 10
iii) Abad 11 hingga ke 13
iv) Abad 14 sehingga sekarang (bentuk sedia ada)

PPAG telah mengenalpasti lokasi berjumlah 97 tapak di Sungai Batu dan sehingga kini 50 tapak sudah dibuka dalam tempoh 5 tahun.

PPAG memilih tapak bermula di tepi jalanraya atas unsur keselamatan sedangkan terdapat banyak lagi tapak di sepanjang jalan ke Gunung Jerai.

Dengan bantuan penduduk kampung, hasil ekskavasi dan penyelidikan PPAG, apa yang dijumpai di Sungai Batu adalah sangat mengejutkan ramai pihak termasuk PPAG sendiri. Iaitu:

SEMASA
4 Penemuan Mengejutkan / Hebat

1. Tempat peleburan besi yang besar
Paling awal adalah berusia 380 sebelum masehi.(perlambangan kehebatan diukur di mana Malaysia dalam menuju negara maju di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohammad mewujudkan sebuah industri besi yang dikategori industri berat melalui PERWAJA tetapi Sungai Batu sebelum masehi sudah ada aktiviti industri berat ini dan dipercayai bertahan sehingga 2200 tahun lamanya.)
Aktiviti peleburan adalah diperingkat yang tertinggi di dalam hirerki sektor pembuatan berat di mana relau diperbuat dan dijadikan tempat peleburan besi. Relau-relau ini diperbuat dan besi dileburkan dengan tiupan angin bagi mencipta suhu kepanasan sehingga 1600’ celcius melalui batang-batang ‘tuyere’ yang berukuran 8 inci.

Hanya jongkong-jongkong besi sahaja yang dijumpai bermakna ekonomi Sungai Batu adalah bersaiz besar dan hebat kerana melibatkan juga dengan aktiviti pengeksportan besi ke benua-benua lain di seluruh dunia pada abad tersebut.

Bukti-bukti sejarah yang dijumpai di Sungai Batu dihantar ke negara-negara maju untuk tujuan pentarikhan. Antara negara yang terlibat adalah Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan sebagainya. Ini bermakna penemuan yang dijumpai ini diakui oleh institut-institut kajian pentarikhan professional dan diyakini dunia.

Penemuan aktiviti peleburan besi telah menimbulkan polemik kepada pengkaji kerana sebelum ini rekod Malaysia di dalam rekod dunia lebih kepada bijih-bijih timah dan emas.

Kajian pencarian data tentang bahan asli dan bahan yang dikeluarkan oleh Malaysia atau Kedah khususnya disusuli dengan penemuan berapa data sejarah dari rekod Tamil di mana pada sekitar abad yang lampau, besi hitam yang terbaik dieksport daripada Kataram. Begitu juga dengan rekod Arab. Antara negara yang mengeluarkan besi hitam adalah Qalah (Kedah).

Kajian PPAG mengenai tamadun ini sekali lagi dikembangkan dengan penemuan relau di Jeniang iaitu berkedudukan sejauh 47km daripada Sungai Batu.

Tarikh yang direkodkan adalah abad ke 4 dan sekaligus bermakna tamadun ini menjalankan industri besi yang sangat hebat.

2. Jeti
Turut dijumpai adalah jeti-jeti yang sehingga kini 8 jeti berjaya dikenalpasti.

Jeti mengukuhkan bukti penemuan jongkong besi sebagai produk yang dieksport di mana urusan pengeksportan memerlukan sebuah pelabuhan yang hebat.

3. Bangunan Pentadbiran
Selain jeti, sebanyak 12 bangunan telah dijumpai dan dipercayai adalah bangunan sokongan untuk pelabuhan yang berfungsi sebagai jabatan-jabatan yang bersangkutan dengan aktiviti eksport tamadun ini.

4. Monumen Ritual
Dan penemuan yang paling dramatik adalah tapak ritual (keagamaan) yang jelas dibina beridentitikan Melayu yang strukturnya berlainan dan hanya satu yang terdapat di dunia.
Tapak ini didasari dengan bulatan dan diatasnya adalah berbentuk 4 segi. Ianya dipercayai digunakan untuk aktiviti penyembahan animisme iaitu penyembahan Gunung Jerai kerana kedudukannya menghadap ke arah gunung tersebut.

Monumen ini adalah monumen yang tertua di Asia Tenggara jika dibandingkan dengan Angkor Watt dan juga Borrobudur.

KESIMPULAN PENEMUAN
Hasil 5 tahun kajian ini, maka dapat disimpulkan bahawa struktur kehidupan masyarakat di Sungai Batu adalah berasaskan multi ekonomi dengan aktiviti peleburan besi dan pengeksportan besi.
Dari abad 3 sehingga ke 5 masehi, dipercayai keluasan tamadun ini adalah dalam lingkungan 1000km persegi. Penemuan di Sungai Batu dipercayai adalah sebuah kompleks tamadun tertua di Asia Tenggara.

megachannelz