komunis

 

Memandangkan Sejagat memerhatikan ada unsur-unsur Komunis bandar nak muncul dengan cara yang lebih halus dan strategik di negara kita Malaysia yang tercinta, adalah lebih baik kita belajar sejarah dan taktik militer Parti Komunis Malaya yang berjaya dihancurkan selumat-lumatnya oleh Angkatan Tentera Malaysia pada suatu ketika dahulu. Ingat FAKTA ini, MALAYSIA SATU-SATUNYA NEGARA DI PLANET BUMI YANG BERJAYA MENGHANCURKAN KOMUNIS DI DUNIA.

– Amerika – pernah tewas dengan Komunis Viet Cong di Vietnam
– Filipina – New People’s Army masih bergerak aktif di sana (pejuang Komunis Filipina)
– Korea Selatan – secara teknikalnya, Perang Korea belum tamat, dan Korea Selatan masih belum mampu mengalahkan komunis Korea Utara sehingga sekarang walaupun dibantu oleh Amerika.
– Amerika Selatan – pengaruh Che Guevara masih wujud disana, masih ada saki baki kumpulan Komunis di benua sana.

Jadi, tidak ada negara yang berjaya menghapuskan Komunis secara totall all out seperti Malaysia, berbanggalah kenyataan ini selagi boleh berbangga lagi.

Jom baca petikan ringkas ini kredit daripada page
Counter Insurgency Warfare Ciw Anti Communism Socialism Terrorism di bawah Subjek Militer di Sejagat Raya.

SEJARAH YANG DILUPAKAN:
KAEDAH KOMUNIS MEWUJUDKAN REPUBLIK KOMUNIS MALAYA

Daripada Mei hingga Jun 1948, Politburo PKM (Parti Komunis Malaya) membuat beberapa mesyuarat sulit di hutan Pahang bagi menggariskan beberapa strategi/peringkat bagi mewujudkan Republik Komunis Malaya.
Antara strategi/peringkat tersebut :
1) Tentera PKM akan ditugaskan menyerang estet, lombong bijih timah, pondok polis dan kampung yang terpencil. Langkah ini dipercayai akan memaksa penduduk kawasan itu berpindah ke kawasan bandar supaya tempat yang dikosongkan itu direbut oleh PKM dan dijadikan “kawasan yang dibebaskan”
2) Pasukan komunis akan dilatih di kawasan yang dibebaskan, juga dijadikan pusat pemerintahan komunis. Anggota baru PKM akan diambil dari “Min Yuen”, iaitu golongan massa yang sudah menjadi penyokong atau bersimpati kepada PKM.
3) Tentera PKM yang terlatih itu akan diarahkan menuju tempat yang dikuasai British untuk membinasakan pekan,kampung dan landasan keretapi dan melakukan gerakan sabotaj yang lain.
4) “Min Yuen” pula akan membantu PKM dalam membinasakan ekonomi kapitalis dan sistem pertahanan British.
-Khong Kim Hoong (Merdeka: British Rule and the Struggle of Independence in Malaya 1945-1957)

Komentar :
Jelas bahawa perjuangan PKM yang diagungkan oleh sesetengah pihak adalah satu bentuk perjuangan keganasan yang hanya bermatlamat menubuhkan satu Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu.
Dakyah mereka sekarang diputar belitkan seolah perjuangan mereka adalah lebih baik daripada perjuangan kemerdekaan yang telah memerdekakan Tanah Melayu pada 1957. Komunis sekarang diolah sehingga ada yang terpengaruh bahawa perjuangan komunis adalah satu perjuangan mulia yang mengagungkan kesamarataan dan perjuangan rakyat.
Jangan kita lupa, dek kerana mabuk dan taksub di dalam fahaman komunis, mereka sanggup mengangkat senjata dan merancang keganasan secara besar-besaran di Tanah Melayu pada ketika itu.
Apabila masih ada pihak yang meraikan komunis sebagai hero dan mahukan abu mayat Ching Peng kembali ke Malaysia, perkara di atas harus difahami dan diambil sebagai sebab mengapa perjuangan komunis pada masa itu hanya perjuangan berorentasikan fahaman komunis dan bukannya perjuangan rakyat secara keseluruhan.

sumber: sejagat raya

megachannelz