1. Ekonomi US kini benar2 sudah berada di ambang kemusnahan.

2. Kemusnahan ekonomi US adalah sesuatu yang memang dirancang. Tujuannya ialah sebagai alat untuk menghapuskan sistem wang kertas dunia dan digantikan dengan sistem wang elektronik sepenuhnya.

3. China telah dipilih untuk memulakan acara memusnahkan matawang dollar. Manakala semua presiden2 US pula terutamanya George Bush Jr. dan Obama telah pun turun temurun membantu usaha ini dengan menambah hutang US ke paras yang mengarut. Sekarang ni pun hutang sebenar US sudah melampaui 16 Thrillion USD.

4. Pada awal tahun 2014 ini, China telah mula melaksanakan polisi2 yang secara drastik akan membuang kepentingan USD kepada China khususnya serta dunia amnya dan menggantikannya dengan Yuan.

5. Bagi mengimbangi kebangkrapan ekonomi US yang memang telah dirancang, US kini telah melaksanakan babak lakonan seterusnya iaitu mula mencari gaduh dengan China. Pergaduhan ini mustahak bagi memulakan WW3.

6. Pada masa yang sama, US dan NATO juga mula mencucuk sesiapa yang patut seperti Ukraine dan Rusia supaya mereka akan akhirnya memilih untuk bergabung dengan China bagi memulakan WW3.

7. Projek menjahanamkan negara2 Arab dan utara Afrika kini berada di dalam fasa terakhir. Tidak lama lagi, kaki2 US dan Israel akan menguasai sepenuhnya kawasan2 ini. Usaha menguasai kawasan2 ini penting dan strategik apabila WW3 bermula nanti.

8. WW3 yang melibatkan US, Israel, Jepun dan negara2 NATO vs. Rusia dan China akan menerbitkan perniagaan yang amat menguntungkan bagi pihak2 berkepentingan yang mengatur dan menulis skrip tajaan “the hidden hand” ini.

9. Nampaknya semuanya telah berada di tempat2 yang diingini oleh “the hidden hand”. Mereka cuma perlukan beberapa perkara sahaja lagi sebelum WW3 boleh dimulakan.

10. Di antara perkara2 yang masih belum dilakukan lagi ialah membuka pengkalan udara US di Sabah, Malaysia. Ini perlu bagi US untuk menguatkan cengkaman kuasa ketenteraan ke atas China dan Rusia apabila WW3 berlangsung kelak. Malaysia pula sudah tentu tidak bersetuju.

11. Maka, usaha2 untuk meracuni fikiran rakyat Sabah untuk keluar daripada Malaysia (seperti Singapura) telah lama dijalankan oleh kumpulan2 berhuruf US dan sekutunya seperti FBI, CIA, Mossad, The Jesuits, MI5, MI6 dan lain2 lagilah. Untuk ini, ada kumpulan2 dalaman yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan peristiwa Lahad Datu. Motifnya… ish… paham2 ajelah. Tak boleh tulis kat sini, nanti ada pula yang kata tidak sensitif kepada perasaan mangsa2 yang terbabit pula.

12. Seperti yang kita memang maklum, geng2 “the hidden hand” handal dan pakar dalam menerbitkan drama2 box office yang bernilai jutaan ringgit dan melibatkan pengorbanan nyawa. Nyawa goyim (binatang ternak) macam kita ni langsung tiada nilai kepada geng2 ini. Contoh drama2 box office masyhur yang telah diterbitkan ialah Perang Saudara US, Revolusi Bolshevik, Penubuhan United Nation, Penubuhan Negara2 Komanwel, WW1, WW2, Peristiwa 9/11, dan banyak lagilah. Kalau dalam konteks tempatan pula contoh drama2 box office yang telah diterbitkan ialah Perjanjian Pangkor, Pencerobohan Jepun, Peristiwa Bukit Kepong, Tragedi 13 Mei, Percubaan Menubuhkan Malayan Union Tragedi Memali. Jadi, bila berlaku Tragedi Kehilangan Pesawat MH370, kita pun dah tau kerja2 siapa sebenarnya ini.

13. Selain daripada ingin membuka pengkalan udara di Sabah… ada satu lagi kawasan yang mereka amat2 inginkan akses sepenuhnya. Seperti yang pernah saya bagi klu atau petunjuk di dalam posting sebelum ini, ada sesuatu yang mereka inginkan dan ianya berada di sempadan hutan Pahang-Kelantan dalam Kawasan Taman Negara Malaysia. Sudah lama mereka mencari2 tapi masih belum ketemui juga.

14. Jadi selepas ini, kita perlulah bersedia dengan drama2 box office baru yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Tragedi MH370 hanyalah permulaan kepada penguasaan Zionis serta the hidden hand di Asia. Ianya baru “tip of the iceberg” sahaja.

15. Kebelakangan ini, di Malaysia perubahan mula berlaku dengan cepat. Musim kemarau dah masuk 10 minggu dan krisis air mula meruncing. Seminggu dua ni masalah jerebu dan kebakaran hutan bermula. Kos sara hidup meningkat dengan ketara. Wabak denggi mula menjadi2. Drama2 ahli2 politik dan artis2 juga tidak ketinggalan menambahkan lagi kehairanan kita. Mereka2 yang berstatus ulamak pula mula mengeluarkan fatwa2 dan saranan2 yang membuatkan kita konpius. Cerita2, trend2 dan hukum2 baru yang tidak pernah kita dengar mula tersebar dengan berleluasa.

16. Tujuan nukilan kecil ini dibuat bukanlah untuk menambah keserabutan dan kekusutan yang sedia ada. Cuma sekadar buah fikiran untuk sesiapa yang sudi memikirkannya bersama2. Semoga kita dapat melalui semua ini dengan diberi kemudahan dan pertolongan oleh yang Maha Kuasa.

17. Akhir kata, ingatlah… Ini adalah permulaan kepada Fasa Terakhir untuk akhir zaman. Omputih kata… this is nothing. The worst is yet to come. Berjaga2 lah.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

megachannelz