Versi Sabahan dikongsi dari saudara Nazri Aldusuni dalam inbox. Berasal dari maklumat berbahasa inggeris yang ditranslasi ke bahasa Melayu. 
 

pada 25hb Mac 2014 pukul 8.28 pagi

MUNGKIN KAMURANG INDA DENGAR MENGENAI TEORI KONSPIRASI MENGENAI KEHILANGAN MH370 SEPERTI INI.

Pihak Amerika telah mengumumkan untuk berundur dari Afghanistan,salah satu diurang punya command and control system (di gunakan untuk control pesawat tanpa pilot) telah dirampas oleh puak Taliban ketika konvoi menuruni dari base tentera Amerika di atas bukit.Taliban telah menyerang konvoi tersebut dan membunuh 2 anggota Navy Seal dan merampas peralatan/senjata termasuklah command system ini yang beratnya 20 tan dan di bahagi kepada 6 pack.Kejadian ini berlaku sekitar bulan Febuari 2014
Apa yang pihak Taliban mahu ialah hanya duit semata-mata untuk menampung perbelanjaan mereka.Taliban mahu menjual peralatan command and control system ini kepada Russia atau China.Russia pada ketika ini sangat sibuk dengan masalah di Ukraine.China sangat berminat dengan sistem teknologi ini.Bayangkan seandainya China menguasai teknologi command and system ini,semua pesawat tanpa pilot kepunyaan Amerika tidak berfungsi lagi.Kerajaan China telah menghantar 8 orang pakar saintis pertahanan untuk memeriksa sistem ini dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar kepada Taliban untuk mendapatkan benda ini.
 
Awal bulan March 2014,8 orang saintis ini dan peralatan ini berada di Malaysia kerana ini adalah cara yang paling selamat daripada di hidu oleh pihak Amerika.Kargo yang membawa peralatan ini telah disimpan dalam bangunan kedutaan China dan dijaga atas kapasiti diplomatik protection.Pihak Amerika menyedari hal ini dan meminta bantuan perisikan Israel dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menghalang rancangan China dan Taliban seterusnya mahu mengambil semula kargo ini.
 
Pihak China mengambil langkah menggunakan pesawat awam untuk memindahkan kargo ini bagi mengelakkan disuspek.Jarak penerbangan dari KL ke Beijing hanya mengambil masa 4 jam setengah dan sudah tentunya pihak Amerika tidak berani merampas pesawat awam yang penuh dengan penumpang.Maka itu pilihan terbaik adalah MH370.

 

 
Lebih kurang 5 orang perisik Amerika dan Israel berada dalam pesawat MH370 dan semua perisik ini mempunyai kebolehan mengendali pesawat jenis boeing.2 warga “IRAN” dengan passport curi adalah sebahagian dari perisik Amerika/Israel ini.

 

 
Apabila pesawat MH370 mula meninggalkan ruang angkasa Malaysia dan melaporkan kepada menara kawalan Vietnam,salah seorang perisik Amerika telah menghijack signal dan mematikan pilot control system dan menukar terus kepada remote control mode.Sebap itu tiba2 pesawat ini hilang kawalan ketinggian.

 

 
Bagaimana pihak perisik Amerika melakukannnya? Tentu kita masih ingat dengan peristiwa 9/11? Selepas peristiwa 9/11,semua jenis pesawat keluaran Boeing telah dibekalkan remote control system bagi mengelakkan di hijack oleh pihak terrroris.Remote control system ini serupa digunakan oleh pesawat tanpa pilot kepunyaan Amerika.

 

 
5 orang perisik Amerika dan Israel ini dengan segera mengambil alih peranan dan kontrol pesawat MH370 dalam masa yang sama telah mematikan transponder dan system perhubungan yang lain dan menerbangkan pesawat ke laluan yang lain.Mereka tidak menerbangkan pesawat ke arah Filipina ataupun Guam kerana seluruh ruang angkasa di laut cina selatan telah di control oleh radar China dan satelite.

 

 
Radar tentera Malaysia,Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat tidak dikenali tetapi tidak bertindak secara professional.

 

 
Pesawat MH370 terbang melintasi utara Sumatera,Andaman dan Selatan India dan mendarat di Maldives (sebahagian penduduk melihat pesawat terbang rendah dan mendarat),mengisi minyak dan meneruskan penerbangan ke Deigo Garcia yang juga merupakan pengkalan tentera Amerika di tengah-tengah lautan Hindi.Kargo dan kotak hitam pesawat telah di ambil.Semua penumpang dan anak kapal terus berdiam diri dalam erti kata kekurangan oksigen kerana terlalu lama berada dalam pesawat.Pihak Amerika percaya,HANYA ORANG MATI YANG TIDAK AKAN BERCAKAP (faham2 lah maksud perkataan ini).Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah MATI meneruskan penerbangan melalui remote control dan terjunam di selatan lautan Hindi,dan mengukuhkan kenyataan yang pesawat MH370 ini kehabisan minyak lalu terhempas lalu pihak2 berkenaan nanti akan menyalahkan captain dan co-pilot.

 

 
Pihak Amerika sangat bijak memainkan peranan dalam cerita ini.Pertama sekali memberi isyarat dan menarik tumpuan semua negara terlibat untuk berlumba-lumba mencari pesawat MH370 sejak hari pertama kejadian,dalam masa yang sama pesawat MH370 sedang dalam penerbangan ke lautan Hindi.Dalam masa yang sama timbul pelbagai statement dan evidence yang bercanggah untuk mengelirukan seluruh dunia.Australia adalah pembantu Amerika dalam cerita ini.

 

 
Pihak China sangat teruk terkena permainan Amerika ini,dengan jumlah aset pesawat,kapal dan satellite yang digunakan untuk mencari di laut Cina Selatan dan selat Melaka kemudian lautan Hindi.China sangat serius dalam pencarian pesawat ini bukan kerana majoriti penumpang MH370 adalah rakyat China tetapi nilai kargo dan nasib 8 orang saintis pertahanan mereka.

 

 
Tidak percaya dengan cerita ini? Ya,saya tidak memaksa siapa-siapa untuk mempercayai teori konspirasi ini sehingga kita tunggu kebenaran akan muncul juga akhirnya.Bila? hanya “mereka-mereka” yang terlibat yang mengetahuinya.
 
 
sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=843137739045833&set=a.833995873293353.1073741828.833983956627878&type=1&permPage=1
megachannelz