Laporan Dipetik Dari MalDef



Sejak hari Sabtu, 8 Mach 2014 pada pukul 2.45 pagi, dan ketika kesemua ketika itu sedang lena diulit mimpi, hanya sedikit sahaja manusia yang masih berjaga dan bekerja. Namun berita tergempar dalam tv yang memaklumkan kehilangan MH-370 terus mengemparkan dunia. Pesawat tersebut pada mulanya hilang dari radar, dan akhirnya tidak mendarat di lapangan terbang yang dijadualkan. Serta merta Malaysia menggerakkan operasi SAR.

Sejak hari tersebut, mula pelbagai teori konpirasi tersebar di dunia maya. Kononya pesawat tersebut dilencongkan ke kawasan lain, dirampas oleh pengganas dan perisik, sampai satu tahap ade yang mendakwa pesawat tersebut telah dilencong ke Rusia, ada pula yang mendakwa ia sandiwara kerajaan, kemudian semakin ramai pula rakyat Malaysia yang buat lawak bodoh, menghina mangsa kejadian, menyerang peribadi pilot dan tak kurang juga mengambil peluang untuk membuat bisnes?

Hari ini, telah masuk hari kelima dan masih belum jumpa apa-apa petanda. Klu-klu yang sebelumnya iaitu saksi di Vietnam ternampak berbola api di laut, tumpahan minyak dan penemuan pintu pesawat telah tidak boleh dipakai. Sebenarnya tajuk artikel ini tiada kaitan pun dengan MH-370 terlanggar UAV asing. Ia cuma SARCASM atau HOAX sahaja untuk menarik anda membaca artikel ini. Sebab kali ini MalDef mahu mengajak anda berfikir secara logik akal menggunakan ilmu yang boleh dicari di Google. Bukanya ilmu dari Facebook, dan jauh sekali ilmu bomoh.

Sejak semalam, salah seorang penganalisis muda dari MalDef mula mengkaji lebih 13 kes kejadian pesawat terhempas, tetapi beliau hanya menumpukan 6 kes sahaja untuk dikongsi. Berdasarkan situasi terakhir, pesawat dikatakan hilang dari radar dan terputus hubungan secara tiba-tiba, tiada panggilan kecemasan dan cuma ada sedikit pusingan U-Turn dari radar TUDM menunujukkan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum hilang di lautan. Itu sahaja, 3 maklumat lain seperti saksi, tumpahan minyak dan pintu pesawat telah disahkan bukan datang dari MH-370.

Jadi, MalDef menyenaraikan 6 tragedi sama situasi dengan MH-370 tetapi mempunyai punca nahas yang berbeza. Saya mengajak anda berfikir secara logik untuk meneliti 6 tragedi tersebut iaitu :

Kes Rujukan :

1. Air France 447 ( 1 Jun 2009)

Laporan Awal:
-Flight 447 jenis Airbus A330 sedang dalam perjalanan dari Rio (Brazil) ke Paris (France) dan memasuki “blind spot radar” di tengah laut antara Rio dan Paris. Selepas lebih 2 jam berada di laut dan melepasi radar di Rio, tiba-tiba pesaweat terputus hubungan pada pukul 3.45am di Atlantic Ocean dan tidak muncul pada radar screen di Paris. Sebuah AWACS segela dikejarkan ke lokasi terakhir pesawat selepas sejam hilang namun gagal menemui apa-apa pada radar sehingga siang. Media dan orang awam mula membuat spekulasi mengatakan ia berpunca dari serangan pengganas selepas 2-3 hari bangkai pesawat belum ditemui dan menara kawalan langsung tidak menerima sebarang panggilan kecemasan dari Flight 447. Masuk hari ke-5 pada 6 Jun akhirnya serpihan kecil pesawat dijumpai bersama 15 mayat oleh tentera laut. Namun, bangkai utama pesawat gagal ditemui dan hilang bersama “Black Box” di laut dalam. Akhirnya France Navy menghantar sebuah kapal selam nuklear miliknya untuk untuk mengesan bangkai pesawat menggunakan akustik sonar, namun gagal mencarinya dan langsung tidak mengesan bunyi ultra sonic yang dihasilkan oleh “Black Box” walaupun dalam kedalamam 4000 meter. Selepas 30 hari pencarian oleh kapal selam, barulah Itali menghantar mini sub atau Deep Sea Search and Rescue yang mempunyai sonar sendiri, tetapi gagal mengesan bunyi ultra sonic dari Black Box dipercayai telah kehabisan bateri. Pencarian diteruskan untuk mencari bangkai utama dan Black Box selama 2 tahun, tetapi tiada hasil memaksa Itali meminta bantuan Amerika Syarikat, iaitu kumpulan pencari Kapal Titanic. Akhirnya bangkai pesawat dijumpai, Black Box berjaya didapatkan dan 105 mayat dijumpai masih terikat pada tempat duduk.

Punca nahas: Sensor Failed and Human Error
-Flight 447 telah terbang ke kawasan ribut dan cuba terbang pada altitude tinggi bagi mengelaknya. Ketika altitude tersebut, Speed Sensor pada luar pesawat telah membeku dan memberi bacaan kelajuan yang salah sistem copkit. CO Pilot mendapati pesawat telah terbang melebihi had laju, alarm Over Speed menyala dan auto-pilot dimatikan oleh komputer dan CO Pilot mengawal pesawat secara manual. CO Pilot yang tidak menyedari kerosakkan pada Speed Sensor telah mengurangkan kelajuan pesawat, namun ketika itu secara tiba-tiba altitude pesawat menurun secara mendadak dan CO Pilot segera mendonggakkan muncung pesawat ke atas untuk naik semula ke altitude tinggi tetapi gagal dan Stall Warning berbunyi. Stanby Pilot akhirnya bertukar kedudukan dengan Kapten Pilot dan dikawal bersama CO Pilot. Ketika di altitude rendah, Speed Sensor yang mula membeku akhirnya berfungsi semula dan bacaan kelajuan pesawat mula turun mendadak ke paras yang sebenar. CO Pilot sengera meningkatkan kelajuan tetapi masih menjunan stall dan muncung pesawat naik ke atas (nose up). Berapa minit kemudian pesawat menjunan ke laut tanpa berkomunikasi dengan menara kawalan. Akibat menjunan terlalu pantas, pesawat yang jatuh ke laut telah berkecai teruk dan membunuh kesemua 150 anak kapal. BEA (Itali) mengesahkan punca utama kemalangan ialah CO Pilot yang tidak menurunkan muncung pesawat ketika dalam stall, sedang pilot masih mempunyai masa untuk mengawal stall di altitude tinggi.
……………………..……………………..…..

2. Hughes Airwest flight 706 (6 Jun 1971)

Laporan Awal :
– Flight 706 jenis McDonnell Douglas DC-9-31 berlepas terbang dari Los Angeles International Airport sedang berlepas menuju ke Washington States pada pukul 6.02pm dan akan berhenti di Salt Lake City. 4 minit kemudian, pusat kawalan di L.A. menerima amaran kecemasan di radar dan mendapati Flight 706 telah hilang dari radar dan terputus hubungan secara tiba-tiba. Sebuah pesawat tentera yang melalui kawasan berdekatan telah memaklumkan pada menara kawalan bahawa mereka melihat satu letupan di darat berhampiran sebuah gunung di L.A. Menurut saksi, mereka terdengar letupan di udara dan pesawat tersebut terhempas mendadak ke gunung, namun seorang saksi ternampak berlaku perlanggar antara DC-9 dan F-4B Phantom milik USMC dan El-Torro AFB turun kehilangan sebuah jet. Kesemua anak kapal Flight 706 dan seorang pilot USMC mati di tempat kejadian, tetapi seorang RIO (Radar Intercept Officer) sempat “inject” keluar dengan kerusi lenting dan selamat.

Punca Nahas : Visibility Failed and Human Error.
-RIO berkenaan mendakwa Flight 706 melanggar jet yang dinaikinya, ketika pilot sedang manuver “Allerion Roll” iaitu berpusing 360 darjah dalam altitude yang konsisten utk melihat keadaan permukaan darat untuk melihat sebarang pesawat yang terbang di bawah altitude mereka. Ketika sedang memerhatikan radar jet, Flight 706 datang dari tepi iaitu kawasan blind spot radar dan pilot tidak sempat mengelaknya. Selepas NTSB membentuk semula serpihan dari DC-9, mereka mendapati Vertical Fin milik F-4B telah membelah badan utama D-9 sehingga terbelah dua di udara, menunjukkan jet berkenaan yang melanggar pesawat komersil tersebut. NTSB juga mendapati jet berkenaan melakukan manuver “Barrel Roll”, iaitu berpusing sambil naik dan turun ke altitude yang berlainan. NTSB mengesyaki sesuatu kenapa jet tersebut tidak cuba mengelak, sedangkan jarak jet dan pesawat masih jauh dan mampu dielakkan. Siasatan ke atas rekod selenggara di AFB El-Torro mendapati, F-4B mengalami kebocoran oksigen tetapi tidak dapat dibaikinya. lalu mengarahkan 2 pilot USMC tadi membawa jet mereka ke AFB Nevada tetapi perlu terbang pada altitude rendah. Sebelum jet berkenaan sampai di kawasan perlanggaran, pilot terpaksa terbang tinggi untuk mengelakkan bukit di L.A., dan kemudianya melakukan manuver “Barrel Roll”. NTSB mengesyaki pilot USMC berkenaan mengalami hypoxsia, iaitu kekurangan oksigen dalam otak dan seterusnya mengaburkan penglihatan dan ditambah dengan tekanan G-Force semasa melakukan manuver. Ia menjadikan pilot dalam keadaan separa sedar dan seterusnya melanggar pesawat DC-9. Namun, NTSB juga berpendapat ia juga berpunca dari faktor penglihatan (visibility) dari keadaan jerebu, dan rekabentuk tingkap dalam kopkit DC-9 yang melindungi penglihatan pilot Flight 706. Faktor kemampuan radar di menara kawalan L.A. juga diuji dan menunjukkan ketidakmampuan radar tersebut mengesan kehadiran F-4B dalam radar mereka ketika jet tersebut terbang rendah dan laju, menyebabkan mereka gagal memberi amaran terhadap pilot berkenaan.
……………………..…………….

3. American Airlines Flight 587 ( 12 November 2001)

Laporan Awal :
-Sebuah pesawat jenis Airbus A-300 di Lapangan Terbang New York John F.Kennedy (New York JFK) dijadualkan berlepas pada pukul 09.40am ke Caribbean. Selesai pemeriksaan “Taxis Check List”, ia berlepas giliran kedua di belakang sebuah Boeing 747 dan kemudianya berlepas secara normal. Selepas 3 minit di udara, ketika pesawat sedang mendaki ke altitude lebih tinggi, secara tiba-tiba pesawat berkenaan melanggar pusaran angin (wind turbulent) yang agak kuat. Impak turbulent berkenaan mengegarkan pesawat dan CO Pilot cuba mengawal pesawat menggunakan ruder vertical fin. Namun, keadaan masih tak terkawal, dan selang beberapa saat kemudian berlaku gegeran lebih kuat. CO Pilot kehilangan kawalan dan pesawat menjunan dengan pantas ke satu kawasan perumahan di Queens, New York. Pesawat hilang kawalan, menjunam ke darat dengan pantas, dan terhempas sambil di disaksikan penduduk NY dan menara kawalan di NW JFK. kemalangan tersebut mengakibatkan lebih 4 rumah musnah manakala selebihnya terbakar. Beberapa saksi mendakwa, pesawat malang itu meletup di udara dan mengwujudkan spekulasi bahawa ia adalah rampasan pesawat dan serangan pengganas memandangkan penduduk New York masih terkejut dengan peristiwa 9/11. Pentagon segera bertindak pantas. 3 buah F-15 segera dihantar untuk mengawal ruang udara, lapangan terbang di seluruh Amerika diarah tutup serta merta, dan beratus-ratus penerbangan dibatalkan. Keadaan panik yang timbul juga memaksa anggota tentera, polis dan pelbagai agensi dikerah untuk mengawal keadaan.

Punca Nahas : Structural Failed and Human Error.
-Oleh kerana dakwaan rampasan pesawat, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) juga terlibat untuk menyelesaikan kes tersebut bersama NTSB. Kesemua serpihan tersebut dibawa pulang ke hangar NTSB manakala FBI mengambil sampel abu pada serpihan pesawat untuk dianalisis jika betul berlaku letupan akibat dari bom yang dipasang. Namun, mereka juga menyumpai Vertical Stabilizer pesawat tanpa sebarang kesan terbakar di Jamica Bay tidak jauh dari lokasi kejadian,dan merupakan kawasan pelabuhan kapal layar. Ketika itu, NTSB mula mengesyaki kejadian tersebut bukan satu rampasan pesawat, tetapi satu kemalangan kerana Vertical Stabilizer tersebut tercabut di udara tanpa ada kesan terbakar, sekaligus menolak kemungkinan pesawat tersebut meletup di udara. Selepas Flight Data Recorder berjaya dianalisa, NTSB mendapati CO Pilot yang mengawal pesawat telah menggerakkan ruder secara mengejut dan maksimum berulang kali ke kiri dan kanan. ia menunjukkan seolah-oleh CO Pilot menghadapi kesukaran mengawal ruder sebelum ia tercabut. Selepas mendengar data suara dari Flight Voice Recorder pula, NTSB langsung tidak mendengar bunyi letupan dalam pesawat dan makmal FBI pula mengesahkan tiada bahan letupan dalam debu yang dijumpai pada serpihan pesawat. Ia membukti kejadian tersebut adalah satu kemalangan, dan kemudian FBI menarik diri untuk memberi tanggujawab sepenuhnya kepada NTSB untuk menyelesaikanya. NTSB mendapati bahan komposit pada vertical fin mampu menanggung beban normal sebanyak 100,000 lbs, dan beban maksimum ialah 200,000 lbs, jelas menunjukkan yang vertical fin pesawat Airbus A300 telah menampung beban luar jangka dari paras normal. Secara ringkasnya, perggerakkan ruder secara maksimum dan mengejut menghasilkan tekanan pada vertical fin sehingga 420,000 lbs. Tindakkan agresif tersebut sebenarnya telah diajar dalam latihan simulator oleh syarikat penerbangan dan manuver yang merbahaya ini dipraktikan oleh semua pilot American Airlines. NTSB akhirnya mengesahkan ia berpunca dari latihan serta situasi simulator yang tidak realistik.

5. United Airlines Flight 585 (1991), USAF Flight 427 (1994), SilkAir Flight 185 (1997)

Laporan Awal :
-Tiga jenis pesawat ini ialah jenis Boeing 747. Ketiga-tiga pesawat ini secara tiba-tiba berpusing 270 darjah ke atas (dalam posisi terbalik) dan kemudian stall menjunam ke permukaan tanpa dapat dikawal oleh pilot. Ketika ia menjunam, muncung pesawat akan turun ke bawah, menjunam dengan pantas dan kelajuan tersebut akan memecahkan beberapa serpihan di udara sebelum musnah sepenuhnya selepas menghentam permukaan. Pilot akan gagal mengawal ruder dan semuanya berlaku dengan pantas tanpa sempat membuat sebarang panggilan kecemasan.

Punca Nahas : Hydraulic Failure
-Ia berpunca apabila sistem kawalan ruder telah “jammed” (tersekat) ketika ruder sedang menghala ke kiri atau kanan dan gagal kembali ke kedudukan asal. Apabila Vertical Stabilizer ini terus membelok, ia akan menyebabkan pesawat berpusing dalam keadaan terbalik, sebelum stall dan menjunam ke permukaan bumi. NTSB telah membuat kesimpulan bahawa sistem hydraulic tersebut dikenalpasti tidak mematuhi piawai yang ditetapkan dan pilot tidak dapat melakukan apa-apa tindakkan untuk mengatasinya dengan baik.

6. Aerolinee Itavia Flight 870 (27 June 1980)

Laporan Awal :
– Pesawat ini jenis McDonnell Douglas DC-9 berlepas dari Bologna ke Palermo (Itali) melalui laut Mediterranean. Di tengah perjalanan di lautan Mediterranean, secara tiba-tiba “Navigation Beacon dari Lapangan Terbang Palermo gagal diterima oleh pesawat Flight 870. CO Pilot telah memaklumkan pada menara kawalan di Palermo untuk membantu dengan memberi panduan kepada pilot. Kemudian pesawat melanggar turbulent dan CO Pilot terbang sedikit rendah untuk mengurangkan gegaran. Ketika pesawat terbang sedikit rendah, Navigation Beacon kembali berfungsi secara normal. Selepas beberapa minit berhubung dengan menara kawalan, secara tiba-tiba pesawat meletup di bahagian tengah sehingga terbelah dua dan terus menjunam ke laut. Pusat menara kawalan juga serta merta terputus hubungan dan Flight 870 hilang dari radar. Operasi SAR dilakukan keesokan harinya oleh Itali di lokasi terakhir pesawat. 38 mayat berjaya ditemui pada hari keempat tetapi Italy Navy dan agensi terlibat gagal mencari bangkai dan serpihan di dasar laut termasuklah Black Box. Misi SAR dilakukan hampir 2 tahun.

Punca nahas : Terrorist Attack (bomb)
-Pada 28 Jun, seorang wartawan Itali telah menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali dan memaklumkan bahawa punya pesawat tersebut terhempas ialah ditembak oleh missil jet pejuang. Pemberi info mendakwa, Flight 870 secara tidak sengaja berada di tengah-tengah dogfight antara jet pejuang NATO dan Libyan Air Force di laut Mediterranean. Berita dua hari kemudianya mengemparkan dunia dan menjadikan suasana tegang antara Itali dan Libya dan masing-masing serta merta meningkatkan aktiviti tentera di sempadan laut antara Libya dan Itali. Namun, kerajaan Itali menafikan punca nahas adalah akibat tembakan peluru berpandu (missile) dari jet pejuang dan menyerahkan kepada penyiasat Itali sepenuhnya bagi menyiasat punca sebenar. Pelbagai teori dikemukakan, antaranya ialah pelanggaran, kegagalan struktur pesawat, letupan akibat bom atau missile, tetapi semuanya tidak dapat dibuktikan. penyiasat Itali cuma mempunyai beberapa kepingan serpihan yang bukan dari pesawat, dan serpihan ini bertaburan dalam radius sangat luas. Ini bermakna Flight 870 telah meletup di udara, dan secara tidak langsung menyukarkan pencarian bangkai utama pesawat. Berdasarkan dari gambaran radar juga menunjukkan pesawat meletup dari udara, namun mereka juga menjumpai 3 bogey berhampiran pesawat tersebut dan mengesyaki ia adalah jet pejuang. 3 minggu selepas kejadian tersebut, Itali menjumpa beberapa serpihan jet pejuang milik Libya Air Force dan ini menguatkan lagi toeri bahawa Flight 870 ditembak oleh missile. Sebahagian serpihan telah dihantar ke makmal untuk ujian, dan mengesahkan terdapat sisa letupan bom iaitu TNT terhadap serpihan tersebut. Tetapi sisa TNT tersebut bukanlah milik bahan letupan dalam missile. Akhirnya kerajaan Itali mengesahkan bahawa punca nahas adalah dari letupan tetapi tidak mengesahkan punca letupan tersebut dari missile atau bom. Missile SAR ditamatkan pada tahun kedua.

Selepas 5 tahun kemudian, ahli keluarga mangsa terus mendesak kerajaan Itali, memaksa mereka mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar untuk mengupah pasukan luar bagi menggunakan ROV Debris. ROV ini berjaya menjumpai bangkai utama pesawat termasuklah Black Box. Biarpun Flight Voice Recorder berjaya dianalisis tetapi tidak membantu apabila ia terus terpadam selepas berlaku letupan. Bangkai pesawat terus dicari dan dibawa naik ke darat bagi siasatan lanjut. Atas desakan keluarga mangsa, akhirnya kerajaan Itali mengesahkan bahawa punca kemalangan Flight 870 adalah dari letupan missile yang dilepaskan oleh jet pejuang yang tidak dikenali. Namun, setahun selepas itu NTSB mengesyaki ia berpunca dari letupan dalam pesawat dan memaksa kerajaan Itali mengarahkan siasatan dan operasi SAR kali ketiga. Kali ini, penyiasat dari Britain diarahkan melakukan siasatan terperinci dan lebih banyak serpihan pesawat berjaya dijumpai oleh ROV Debris. Selepas berjaya menyusun semula semua serpihan tersebut termasuk ujian letupan, ia berjaya membuktikan bahawa punca letupan datang dari sebuah tandas dalam pesawat di bahagian belakang pesawat. Tiga bogey dalam radar sebelum ini juga berjaya disahkan bahawa ia bukan sebuah jet pejuang, tetapi serpihan letupan yang terpelanting lebih jauh. Kerajaan Itali kembali membuat hebahan media tentang hasil siasatan tersebut selepas 6 tahun nahas berlaku.

……………………..………

Dari 6 kes ini, 2 darinya terlepas di laut dalam dan paling singkat masa untuk menemui bangkai di dasar laut ialah 2 tahun manakala paling lama ialah 5 tahun. Tetapi masih banyak kes pesawat yang terhempas di laut dan sehingga sekarang tidak pernah dijumpai. Adakah tragedi MH-370 senasib dengan tragedi lain yang berlaku di dunia? Tidak hairanlah mengitu banyak negara yang prihatin bagi membantu pencarian MH-370. Pelbagai jenis kapal perang, kapal penyelamat, DSSAR, ROV, pesawat MPA dan beberapa buah satelit digunakan bagi membantu siasatan SAR kerana semua pihak tidak mahu kegagalan operasi SAR berlaku semula pada Malaysia.

MalDef sejak semalam masih gagal mendapat sebarang info berguna dari pengkalan data ADS. Dengan teknologi terkini, paparan pada radar sudah semakin canggih berbanding sebelumnya yang hanya bergantung pada titik-titik bogey yang tidak tepat. Paparan radar terkini bukan sahaja menunjukkan lokasi pesawat udara dengan tepat, malah turut memaparkan nama pesawat, jenis pesawat, dentinasi, kelajuan dan altitude ketinggian. Malahan semua maklumat ini boleh didapati dalam website-website tertentu secara Real Time atau siaran langsung. Tetapi sejak semalam penganalisis MalDef gagal menemui data-data tersebut dipercayai telah dipadam dan tidak lengkap.

Ini bermakna, MalDef gagal mengkaji sebarang teori kerana tidak mempunyai bukti bagi menjamin intergriti artikel dan teori. Namun, dari 6 kes tersebut sepatutnya membuka mata rakyat Malaysia agar berfikir secara logik akal berlandasan ilmu. Antara kemungkinan punca nahas adalah mungkin daripada:

1. Pilot Error/ Air Collision
2. Sensor/Computer/Cockpit Failure or Malfunction
3. Visibility Error
4. Structure/Mechanical/Hydraulic Error or Malfunction
5. Terrorist Attack/Military Attack/Pilot Suicide

Selagi tiada cebisan pesawat dijumpai, selagi Black Box yang menyimpan segala maklumat data pergerakkan dan rakaman dalam kopkit berjaya dianalisi, selagi itulah tiada satu pun teori dapat dibuktikan dengan fakta. Masuk hari ini, perubatan Islam turut digunakan dalam operasi SAR. Tak salah anda hendak membuat spekulasi dan teori konspirasi, tetapi pesan MalDef,,,

JANGAN SAMPAI KONSPIRASI MENJADI FITNAH..

Kredit To MALDEF.

megachannelz

Comments

  1. Buildbox Crack activated

    Does your site have a contact page? I’m having problems locating it but, I’d like to send you an e-mail. I’ve got some creative ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great blog and I look forward to seeing it expand ove…

  2. Buildbox Crack full version with crack

    It’s most important that the arch of the foot. It specializes in loosening and relaxing tight muscles that often results to muscle cramps, spasms and sprains during the sensual massage therapy market is completely diluted with therapists seeking work.…