AWAS

lebih US$47 juta lesap

10437616_754517081263333_707657835234391738_n

 

Hari ini, laman Facebook CyberSecurity Malaysia, sebuah organisasi di bawah MOSTI, telah memuat status tentang sejenis malware yang kini sedang giat digunakan oleh penggodam yang mensasarkan pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks.
Walaupun malware yang bernama ‘Zeus’ itu sudah lama wujud, tapi kini penciptanya mula mensasarkan pengguna perbankan online di Malaysia. Sebelum ini, malware yang sama dilaporkan berjaya mencuri lebih US$47 juta!
Ikuti butiran dibawah untuk informasi yang lebih jelas :
Siapa Mangsa Malware Zeus :
Pengguna Telefon Pintar yang menggunakan Android
Pengguna Sistem Windows yang tidak di update
Bagaimana Zeus Bertindak :
Malware tersebut akan memaparkan satu laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan online dan meminta no telefon dan sistem pengoperasian.
Kemudian, malware tersebut akan menghantar satu SMS berupa link kepada satu installer Android (APK). Apabila pengguna menginstall apk tersebut telefonnya akan berada di bawah kuasa penggodam. Dengan cara ini, penggodam dengan senang mendapat maklumat peribadi mangsa.
Objektif Utama Zeus
Mendapatkan username dan password akaun perbankan online mangsa
Mendapatkan kod pengesahan TAC dari bank di dalam SMS mangsa
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna diminta bagi mengemaskini perisian antivirus dan juga sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perbankan online. Pastikan aplikasi yang anda install berasal dari Play Store.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai malware ini sila ke laman cybersecurity. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar mengenai malware ni, boleh lihat kodnya di github.
SILA BERHATI-HATI..
LIKE N SHARE

megachannelz