darah


Ada seorang kawan ni seorang salesman kereta,
bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Jalan Pusara. Malangnya, percintaan ini ditolak

kerana dia ni seorang salesman kereta sahaja..
Satu malam,mereka bercadang utk melarikan diri.Selepas berjaya melarikan diri, bapak
perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat
laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke
rumahnya di Jalan Pusara dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan
seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan
itu sedang disediakan.
Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli KFC kat Batu Burok,.dia kena
langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun
dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan
perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk
akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula
menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di
baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah
perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan
diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya.
Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada…
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan
jika tidak, malang akan menantinya..Bila bangun,
perempuan itu pun terus menyental baju tersebut
sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada…
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabla pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan
munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghlurkan benda yang berwarna biru…
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu “apa ini…?” Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan
sedikit pd kotoran dan tuang bakinya kedlm cucian dan kotoran akan hilang… err..yg ni adalah pakej percubaan aja,kalau nak yang besar, beli kat
kedai…..
Msti tekun kan korang bacakn?? kah kah kah

megachannelz