Antara Pingat Dan Negara


 

Sesi Temubual Di Antara Si Komando Dan Si ******** (Dirahsiakan)

Lokasi : Bilik Integorasi ********
Umur Subjek : 50 tahun something
Seks : Lelaki
Pangkat : Kapten
Status : Tidak Aktif (Boleh percaya ke tidak aktif, hang dok mengadu macam-macam hal pasai aku kan)
Pengalaman 1 : Menjadi anggota GGK tahun 80an, operasi di sempadan Thailand-Malaysia,  SUDAH DIPOTONG (CENSORED)
Pengalaman 2 : Dipinjamkan ke Kor Risik
Operasi : Seluruh rantau Asia, German dan Hawaii
Status : Unknown
 
Perbualan Bermula


******** : Betul ke komando kita pernah terlibat masa perang Vietnam?
Komando : Entah. Aku ada dengar cerita tapi unit lain, aku jadi komando awal tahun 80an, peristiwa itu sudah lama
******** : Citer lah sikit pengalaman saudara komando menjadi komando?
Komando : Aku dilatih di Kem Sungai Udang,  Melaka. Yang tauliahkan aku masa itu Ketua Polis Negeri Melaka
******** : Apasal pulak Ketua Polis Negeri Melaka tauliahkan saudara komando
Komando : Untuk mencapai status komando, kami berempat diminta untuk mengempur Balai Polis Tengkera di Melaka.
******** : Ok Continue…
Komando : Kami berempat, diminta untuk menawan Balai Polis Tengkera. Ada lebih kurang 25 orang anggota polis dalam balai itu. Sebelum gempur, kami buat model balai dan mengenalpasti setiap bilik dalam balai. Ini merupakan kejadian sebenar, bukan lakonan. Anggota polis disitu tidak tahu kami akan menggempur mereka, kamu merangkak ikut longkang.
Komando : Kami memakai pakaian serba hitam, tidak ada senjata kecuali cecair chloroform. Kami mulakan dengan pengawal di guard house, dari belakang aku tangkap pengawal. Letak cecair pada mulut pengawal sehingga pengsan dan kemudian gari mereka.
Komando : Satu persatu anggota polis kami tawan, selepas pengsan kami tarik mereka masuk ke dalam lokap.
Komando : Selepas kesemua 25 anggota polis kami tawan, kami membuat satu panggilan. Ketua Polis Melaka kemudian datang dan menandatangani kad kami. Dengan tandatangan dari Ketua Polis, sah kami sudah berjaya dan ditauliahkan sebagai komando.
******** : Perghh, Ketua polis tauliahkan komando. Apa pandangan saudara komando  tentang polis?
Komando : Special Branch (Polis) sangat cekap, ada hal-hal tertentu yang kami belajar dari unit SB terutama hal-hal yang mempunyai kaitan dengan psikologi manusia seperti teknik mengorek maklumat.
******** : Sebagai contoh?
Komando : Manusia bila mabuk akan bercerita banyak perkara.
******** : HAHAHAHAHA…polis kita macam CIA ke?
Komando : Ya…malah lebih cekap
******** : Mengapa?
Komando : Sebuah negara yang berjaya mesti mempunyai jaringan risikan yang cekap cuma tugas mereka terbatas di dalam negara
Komando : Selepas beberapa tahun ditauliahkan sebagai komando, aku dipinjam ke dalam Kor Risik
******** : Apa beza Kor Risik dengan UCIS
Komando : UCIS merupakan pegawai risikan dalam batalion. Setiap batalion ada lebih kurang 10 pegawai UCIS, mereka merisik satu-satu kawasan sebelum digempur. Mereka cuma terhad peringkat batalion, tugas mereka tidak sampai ke arena antarabangsa
******** : Saudara masuk risik sebagai apa?
Komando : Ada macam-macam unit dalam risik tetapi aku duduk buat espionage.
******** : Bestnya nak masuk unit espionage, macam James Bond. Macam mana nak masuk dan bagaimana mereka dipilih?
Komando : Semasa latihan lagi, melalui ujian bertulis. Siapa yang mencapai markah yang baik dan IQ yang bagus akan terpilih memasuki unit risikan (espionage). Sabotaj ini sesiapa boleh buat, janji kreatif main alat letupan tak payah IQ tinggi
******** : Kah Kah kah….ok sat, eden nak bom rokok sat…
******** : Betul ke Singapura ada base bawah tanah?
Komando : Tahun 80an dahulu, ada khabar angin Singapura beli kereta kebal Centurion
******** : Eden pun dengar cerita ini banyak kali tapi tak comfirm, orang Singapura pun kata takde
Komando : Comfirm, mereka sudah ada Main Battle Tank sejak dari tahun 80an lagi
******** : Kalau ada mesti dah heboh
Komando : Mereka simpan dalam base bawah tanah, siap ada alat pendingin udara dan ruang buat pandu uji. Besar ruangnya macam bandar Seremban
******** : Mana saudara komando tauu?
Komando : Aku dah masuk…
******** : SUDAH DIPOTONG (CENSORED)
Komando : DI POTONG (CENSORED)
******** : Yang terlibat dengan ops curi dokumen pasal Sabah kat Manila tu ke?
Komando : Aku tak tahu
******** : Berbalik pasal kereta kebal Centurion tu…untuk apa mereka beli Main Battle Tank macam itu, bukan mereka cuma pakai kereta kebal ringan jenis AMX ke?
Komando : Mereka ini proksi Zionis dan Zionis amat berminat dengan negara kita.
******** : Berapa banyak kereta kebal?
Komando : Banyak…cukup banyakbal. Itu aku kira sendiri. Memang disimpan di base bawah tanah, mereka mengikuti doktrin tentera Zionis. Tentera Zionis amat bergantung pada kekuatan kereta kebal dan udara.
******** : Kapal terbang ada berapa?
Komando : Itu kawan aku buat. Aku check kereta kebal je.
******** : Lepas saudara komando dah tahu? Apa yang kerajaan buat?
Komando : Aku terus dihantar ke Hawai untuk memasuki sekolah kereta kebal. Ada banyak kereta kebal di sekolah itu  dan ada dua kereta kebal MBT Centurion. Aku cuma fokus pada Centurion dan kaji kelemahan dia.
******** : Boleh menang ke kalau lawan Singapura?
Komando : Buang Tambak Johor. Itu laluan utama pasukan armor Singapura.
******** : Bagaimana dengan Thailand dan Indonesia?
Komando : Mereka tidak ada kemampuan untuk menyerang balas. Tidak ada technology advantage ke atas kita.
******** : Apakah kelebihan negara kita?
Komando : Peralatan kita ketinggalan zaman. Itu satu kelebihan dan juga kelemahan.
******** : Betul ke Singapura pernah korek terowong untuk menuju ke Johor ?
Komando : Ya, di kawasan pantai Timur Johor dengan menggunakan boring machine yang besar. Aku habiskan RM300,000 untuk beli peta projek itu dan sabotaj rancangan mereka.
******** : OK terima kasih.
Komando : OK malas layan kau.
Jom layan ni..hehe
 
17 Senarai Bukti Dan Fakta Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia
 
1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

 2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?

 3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?

 4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

 5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…
 ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

 6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

 7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

 9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

 10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?

11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

 13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

 14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka….percaya atau tidak?

 15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?

 16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?

 17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kafir, setakat ini kontinjen² negara PBB yang datangnya dari negara² melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu.
 
 
Singapura Terima Malu Yang Besar Akibat Ceroboh Ruang Udara Malaysia (Johor Bahru)
 
 
 
 
MEMALUKAN! Malu sungguh Singapura apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pangkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura akibat menceroboh ruang udara Malaysia.

Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Singapura yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, mereka sepatutnya tidak lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.

Tiada negara di dunia yang mampu mengatakan bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali tentera Malaysia! Ia belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani kawan dan lawan.

Keberanian pasukan tentera Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan terutamanya ketika misi menyelamat Pasukan RANGER’s Amerika Syarikat di Mogadishu suatu ketika dahulu.

Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami kecederaan yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apabila mereka dengan beraninya bergerak kekawasan ‘COMBAT ZONE’ dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai “GUN SHY”, mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.

Adalah salah anggapan apabila Singapura menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sekali melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Padahal Malaysia mempunyai kekuatan dan sejarah panjang yang sangat cemerlang di dalam peperangan ketika menentang Komunis. Latihan Ketenteraan juga kerap dilakukan oleh Pasukan Tentera Malaysia dengan menggabungkan kekuatan darat, laut dan udara.

Sungguhpun askar-askar Singapura dilatih oleh Israel, hakikatnya mereka takut Mati kerana mereka adalah ‘YOUNG OFFICER’ yang tiada pengalaman peperangan. Berbeza dengan Malaysia yang sanggup berkorban nyawa dan badan demi negara tercinta!!
 
 
 
Selepas 20 Tahun Amerika Akui Kehebatan Tentera Malaysia Dalam Insiden 
Black Hawk Down
 
 
 
 
 Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.


Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly hari ini setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

“Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

“Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan ‘Full Training Capability’ dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini hari ini. Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung ‘dilupakan’ dalam sebarang babak dalam filem ‘Black Hawk Down’ arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

“Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia,” katanya.

 
 
 
Al-Fatihah Untuk Mereka Yang Telah Gugur Demi Mempertahankan Negara
 
megachannelz