jambatan titian sirat 1

Jambatan titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang . Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yg luas . Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun . 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun . # Share la dpt pahala mengingatkan sesama agama ,, tdak kira agama ape .. ^^ 7 petala langit , 7 petala bumi , 7 lautan , 7 hari , 7 syurga , 7 neraka , 7 baris surah dalam al-fatihah , 7 bukan nombor sebarangan . :’) Seandainya seorang jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah . bila korang dah nampak ayat ni , setan hasut ” tak payah copy paste la .. buang masa je ” . Masya Allah :Tak smpai 1minit pun . “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

 

  • t2 Titian yang licin dan mudah terjatuh, kiri kanan dan atas ada cakut yang mencakuk sesapa yang melalui, ada juga duri2 yang lebar.

 

  •  Ada yang melintas seperti kilat,kuda terpilih dan kuda biasa mengikut tahap imannya sewaktu hidup di dunia dahulu.

 

  • Ada yang Berjaya melintasnya tanpa calar dan cedera, ada juga yang Berjaya melintas tetapi apabila berjaya menyeberangi titian ini, mereka dalam keadaan luka2. Tapi ada yang tergelincir daripada titian ini lalu tercampak ke neraka jahanam.

 

  • Nabi kata bahawa orang yang Berjaya melepasi titian sirat ini, mereka akan melihat saudara mereka yang dikenali telah jatuh dalam neraka lalu mereka berkata kepada tuhan, itu kenalan kami, mereka telah buat amalan baik seperti kami di dunia dulu.kenapa mereka jatuh ke neraka? Tuhan lalu berkata kepada malaikat agar pergi tengok orang yang jatuh itu, ambil sesiapa yang mempunyai iman walaupun senipis wang dinar. Apabila malaikat pergi tengok mereka yang jatuh itu, ada diantara mereka hamper tenggelam didalam neraka hamper buku lali, ada tenggelam hamper betis.lalu malaikat amik keluar dari neraka dan kemudian malaikat kembali kepada Allah. Allah memerintahkan lagi malaikat untuk mengambil mereka yang jatuh itu bagi sesiapa yang mempunyai separuh dinar, kemudian malaikat kembali semula kepada Allah. Allah memerintahkan lagi malaikat untuk mengambil mereka yang jatuh itu bagi sesiapa yang mempunyai walau sekecil mana pun iman didalam hatinya.
  • t3 Dari hadis saheh diriwayatkan Bukhari dari Harisah Bin Wahab Al Quza’e R.A bahawa nabi bersabda kepada sahabat, mahukah kamu semua tahu orang yang masuk syurga itu macam mana? Orang yang masuk syurga itu adalah mereka dikalangan mereka yang daif (miskin dan lemah). orang daif selalunya tidak sombong. Nabi kata lagi orang yang masuk syurga adalah orang mutadoif iaitu orang yang tunjuk lemah walaupun dia sebenarnya bukan orang lemah,contohnya dia orang kaya, tapi tak tunjuk kaya,dia orang berilmu,tapi dia tak tunjuk ilmu, dia orang berpangkat, tapi tak tunjuk pangkat.Allah sayang golongan motadaif. Allah kata akan maqbulkan apa yang mereka sumpah jika mereka bersumpah atas nama Allah. Nabi berkata lagi, aku mahu ceritakan kepada kamu semua tentang ahli neraka, mahukah kamu tahu siapakah ahli neraka? Orang yang akan memenuhi neraka adalah orang yang keras hati, bongkak,takabur didepan Allah dan manusia .mereka ini akan memenuhi neraka.
megachannelz