10411302_874714699218866_5349517968475453890_n

 

Abdul-Fattah Al-Sisi, Presiden tidak sah Mesir yang menjatuhkan kerajaan demokrasi pimpinan Dr.Mursi memberitahu akhbar Itali bahawa mereka bersedia untuk menghantar pasukan tentera ke Palestin untuk menjaga keselamatan negara haram Israel dan bekerjasama membanteras pengganas.

Wawancara bersama akhbar Itali, Corriere della Sera, Al-Sisi berkata, “Kami bersedia untuk menghantar ketenteraan kami ke dalam Palestin. Mereka akan membantu polis (zionis) tempatan dan menjamin keselamatan penduduk haram Israel.”

Bekas Jeneral tentera tersebut menegaskan kerahan tentera bersedia pada bila-bila masa yang diperlukan bagi memulihkan kepercayaan antara dua negara ini.

Menurut Reuters, Al-Sisi menambah bahawa dia telah mengutarakan idea tersebut kepada Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dan PA, Presiden Mahmoud Abbas.

“I told [Netanyahu] a courageous step was needed otherwise nothing would be resolved,” Al-Sisi menambah.

Al-Sisi memimpin military coup yang menyebabkkan Presiden sah pertama yang dipilih melalui demokrasi, Mohamed Morsi. Sejak dari itu, Mesir mengharamkan organisasi Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood, di mana Morsi adalah bekas ahli organisasi tersebut. Al-Sisi juga turut mengetatkan perhubungan Rafah-Gaza dengan menutup dan memusnahkannya sebagai langkah melemahkan Hamas, iaitu rakan Ikhwan Muslimin.

sumber: Middle East Monitor

megachannelz