ganja

BENARKAH Fakta ini ?
FAKTA DAUN GANJA

1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.

2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI’S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA

3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.

4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.

5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.

6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.

SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA

1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.

2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.

3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja …

SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA
Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.

Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya.

itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?

Jika anda kata ya, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..

Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata ” Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya ” ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrik
an sebagai dadah?

Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok GULA dan GARAM, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2, diambil dalam sukatan yg berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan??

Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?

Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?

Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja…kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0…yea..KOSONG..

Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja…Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..

ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASON….

Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik…

Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yg bukan menyembuhkan,tetapi meredakan utk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula dikemudian hari.

Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.

Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja. Ini kerana kerajaan malaysia ikut telunjuk Freemason.

ganja2

Ganja telah difitnahkan sebagai dadah merbahaya. Padahal ia adalah sejenis tumbuhan herba organik. Dalam sejarah perubatan Islam ternyata ganja banyak digunakan dalam merawat berbagai penyakit. Hentikan Fitnah Terhadap Ganja.

Berikut ini adalah daftar beberapa ahli pengobatan yang tercatat dalam literatur pernah menyebutkan mengenai khasiat obat dari ganja :

Ibn Masawayh (857 M) & Ishaq b. Sulayman (abad ke-10) – Minyak biji ganja untuk menyembuhkan sakit di telinga.

Ibn al-Baytar (1291) – Minyak biji ganja untuk menyembuhkan gas (‘rih’) pada telinga.

Al-Antaki (abad ke-16) – minyak biji ganja dapat membunuh cacing dalam telinga & mengeluarkan benda-benda asing dan kotoran.

Al-Dima (abad ke-9) – Ganja untuk obat cacing perut.

Al-Firuzabadi (abad ke-14 – 15) – Obat cacing kremi / habb al-qar’.

Sabur ibn Sahl (abad ke-9) – Menghilangkan rasa sakit kronis, sakit kepala, migrain, mencegah keguguran, gagal melahirkan, mengurangi sakit pada rahim, & menjaga bayi tetap pada abdomen ibunya (kitab “Al-Aqrabadhin Al-Saghir”).

Ibn Wafid al-Lajmi (abad ke-11) – Biji ganja untuk menambah produksi air susu ibu & menyembuhkan sakit amenorrhea.

Avicenna/Ibnu Sinna (abad ke-10) – daun dan biji ganja u/ mengobati & mengeluarkan gas dari perut.

Al-Biruni (abad ke-12) – Menyembuhkan rasa sakit kronis

Al-Masi (1877) – Daun ganja untuk mengeluarkan gas dari rahim, usus & lambung.

Al-Mayusi (1877) – Daun ganja untuk menghilangkan dahak dari perut.

Ibn Habal (1362) – Biji ganja untuk mengeluarkan cairan empedu dan dahak.

Ibn al-Baytar (1291) – Ganja untuk melancarkan buang air kecil.

Ishaq b. Sulayman (1986) – Ganja bisa menghangatkan badan.

Jabir ibn Hayyan (abad ke-8) – Ganja memiliki sifat psikoaktif (kitab al-Sumum).

Umar Ibn Yusuf ibn Rasul (abad ke-13) – Ganja sebagai obat sakit kepala.

Ibn al-Baytar (1291 AH) – Minyak biji ganja untuk mengurangi sakit syaraf.

Al-Qazwini (1849) – Jus ganja untuk mengurangi rasa sakit pada peradangan bola mata.

Tibbnama (1712) – Tumbukan batang dan daun ganja untuk mengobati wasir.

Al-Masi (abad ke-10) – Ganja untuk pengobatan epilepsi.

Al-Badri (1464) – Ganja untuk mengobati epilepsi.

Abu Mansur ibn Muwaffak (abad ke-10) – Ganja untuk mengobati sakit kepala (Kitab al-abniya ‘an haqa’iq al-adwiya).

Avicenna (1294) – Jus dari daun ganja untuk obat panu di kulit.

Al-Razi – Jus daun ganja untuk merangsang pertumbuhan rambut.

Ibn Buklari (abad ke-11) – Jus daun ganja untuk menyembuhkan abses (tumor) di kepala.

Muhammad Riza Shirwani (abad ke-17) – Minyak biji ganja untuk mengobati tumor pada rahim.

sumber dari: hsungkowo.tumblr. com

‪#‎FitnahDajjal‬: Yang dikatakan racun sebenarnya ubat.

Tiada tumbuhan ciptaan Allah yg sia-sia.

sel otak

SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa minggu.

Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang lain.

Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer – The Stan Rutner di Youtube.

Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.

Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain.

Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).

Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.

Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.

Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.

Kawal penggunaan

Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan.

Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis.

Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.

Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim.

Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya.

Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.

Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan.

Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.

Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.

Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.

Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar rawatan.

Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.

Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.

Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan  penyakit tertentu.

Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.

Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak sawit.

Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak

Kegunaan terapeutik

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm?

Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.

Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung.

Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala.

Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.

Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG.

Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains.

Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.

GANJA BUKAN DADAH. IA HANYA POKOK HERBA

Seperti tumbuhan lain, ganja adalah sejenis tumbuhan yang semulajadi wujud di dunia. Ganja sebenarnya merupakan suatu tumbuhan yang sangat berguna dalam kehidupan. Sejarah mencatitkan bagaimana ganja pernah dijadikan banyak benda seperti kertas, plastik yang boleh diurai, sabun, bahan asas dlm menguatkan konkrit, tali, makanan, dan ubat-ubatan.

 
Ramai akan merasakan sukar utk menerima fakta ini, namun inilah hakikatnya nasib malang sejenis tumbuhan ciptaan tuhan yang telah difitnah sejak berpuluh tahun dan dirahsiakan kebenarannya atas beberapa sebab yang akan dibincangkan dalam entri yang lain.
 
Dalam semua kelebihan yang ada, ganja paling dikagumi para saintis dan doktor kerana boleh mengubati sejumlah penyakit berbahaya seperti MS(sklerosis berbilang), barah, kanser, asma, demam malaria, Analgesia, Neurological And Movement Disorders, Glaucoma(penyakit mata), ADD(Attention-deficit hyperactivity disorder), meninggikan imunisasi penghidap positif HIV, ubat tahan sakit, anti tekanan, merendahkan risiko barah payudara dan banyak lagi. Menakjubkan bahawa kajian menunjukkan ganja boleh menggantikan 10-20% penggunaan dadah sintetik berbahaya di dalam bidang perubatan tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan berbahaya kepada pesakit, tidak seperti penggunaan dadah sintetik.
 
Diantara lain ganja boleh menghasilkan kertas dimana kita tidak lagi perlu menebang pokok-pokok balak yang besar kerana ganja mempunyai kekuatan fiber sehingga 4 kali ganda dari pokok-pokok balak yang besar. Pokok-pokok balak ini mengambil masa berpuluh tahun untuk matang sebelum ditebang, manakala ganja hanya mengambil 4-6 bulan untuk cukup matang. Dalam masa yang sama kita akan berjaya mengelak hakisan tanah, banjir kilat, pemanasan suhu bumi, dan lain-lain sebagai akibat penebangan pokok-pokok balak yang besar.
Ganja juga boleh menyelamatkan bumi kerana boleh menghasilkan plastik yang boleh diurai. Plastik yang kita gunakan skrg tidak akan dapat diurai walaupun dibakar. Penambahan unsur baru yang tidak dapat diurai oleh alam ini akan menjejaskan ekosistem kerana penggunaan plastik semakin meluas oleh semua pihak. Ini memberi impak besar kepada ekosistem kerana plastik yang tidak dapat diurai ini akan mencemarkan alam dan menutup bumi ini dengan kanvasplastik diseluruh dunia.
 
Adakah kita masih tidak mahu bersyukur terhadap penyelesaian yang telah lama tuhan berikan kepada kita terhadap beberapa masalah dunia kita? Di negara ini ganja diperangi habis-habisan tanpa diteliti kelebihannya satu pun, seolah-olah tumbuhan yang tuhan ciptakan ini tidak layak untuk wujud dan harus ditebang dan dimusnahkan.Padahal tuhan tidak pernah menciptakan apapun dengan sia-sia. Sekalipun andaikata kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan alasan ganja mungkin boleh memudaratkan kesihatan(walaupun hujah ini telah dibantah oleh saintis moden), apakah kita tidak mahu mengambil langkah mengawal ekosistem kita yang semakin hancur? Masihkah kita mahu untuk terus menebang pokok-pokok balak sedangkan bumi kita semakin panas? ais di kutub utara semakin mencair akibat peningkatan suhu bumi. hakisan tanah dan banjir kilat dimana-mana. Dan dalam bidang perubatan yang boleh menyelamatkan beratus, bahkan mungkin beribu nyawa melalui kaedah perubatan ganja. 1/10 daripada wanita di Amerika menghidap kanser payudara dan ini merupakan pembunuh no.1 wanita di negara kita. Tidakkah kita mahukan perubahan yang lebih baik?
megachannelz