istana melaka sebenar

Jika anda rajin menyelak buku-buku atau jurnal-jurnal catatan penjajah ketika zaman penjajahan Portugis di Melaka, kalau bernasib baik, akan ketemu dengan gambar-gambar lukisan yang melukiskan rupa sebenar Istana Kesultanan Melayu Melaka. Lihat istana ini baik-baik, terletak di atas puncak bukit menghadap pelabuhan paling sibuk di Asia Tenggara, itulah Istana Melaka yang menjadi sebutan di dalam kitab-kitab sejarah Melayu seperti Sulalatus Salatin misalnya. Pandangan skeptikal yang terdapat dalam filem atau drama yang menunjukkan Istana Melaka adalah diperbuat daripada kayu sangat-sangat jauh tersasar dan tersilap. Istana Melaka adalah mewah, hebat dan pembinaannya sesuai dengan kehebatan Melaka sebagai kuasa terkuat di rantau Asia Tenggara yang mewarisi keagungan empayar Melayu Sriwijaya. Takkan Melayu Hilang Di Dunia Jika Mengamalkan Islam.

 

Pernah tgk cerita “Puteri Gunung Ledang” lakonan Mnasir sbgai Hang Tuah…dalam babak yg menunjukkan Istana tu mmg besar giler la kalau dilihat walaupun ia grafik pada pengambaran..Tapi ada yg mengatakan,istana sebenar lebih besar 7x ganda lagi…Aku imaginasikan,leh jadi satu bandar dah kalau istana sebesar tu…yg dalam filem tu pun ku rasa besar amat dah…

megachannelz