TAHUKAH ANDA?
 

Pada perlawanan persahabatan Ahad lepas di antara Bournemouth menentang Real Madrid, dikhabarkan Charlie Silverwood, seorang penonton cilik telah patah tangan gara-gara terkena tendangan freekick yang diambil oleh Cristiano Ronaldo.

Kanak-kanak itu dikatakan tidak sempat mengelak bola yang melencong dari gawang Bournemouth menuju kepadanya walaupun sepakan Ronaldo itu adalah dari jarak 35 yards.


Charlie tetap terus menonton perlawanan itu bersama ayahnya itu sambil mengerang kesakitan demi melihat pemain Madrid beraksi. Selepas mengetahui hal tersebut, Ronaldo menghadiahkan jersey Real Madrid berserta tanda tangan rakan-rakannya sebagai tanda maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu.
 
 
megachannelz