Sebenarnya saya rasa sedih melihat gelagat sesetengah anak bangsa saya. Kenapa ya bangsa lain boleh menceritakan sejarah mereka… China dengan Dinasti Han, Qing, Ming, Yuan… Rom dengan empayarnya, Yunani dengan empayarnya…
Bila saya nak berkongsi tentang sejarah Melayu, maka ramai yang menentang saya. Bukankah dahulu Salman Al-Farisi dibenarkan menggunakan gelaran Farisi di belakang namanya sebagai lambang bangsa Parsi oleh Rasulullah?
Bukankah terdapat banyak ulamak mengekalkan gelaran nama bangsanya seperti Jamaluddin Al-Afghani. Nama Afghani itu diabadikan pada hujung pangkal namanya, melambangkan bahawa beliau ialah bangsa afghanistan.
Pastinya nama-nam adi atas merasa bangga dengan nama bangsa mereka. Assobiyah? Okey, mari kita layan hadis di bawah ini.
Hayati hadis nabi ini:
Seorang Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah saw, “apakah yang dimaksudkan dengan “Assobiyah itu ? Apakah kecintaannya seseorang terhadap bangsanya dikatakan assobiyah ?”
Rasulullah saw menjawab “Tidak! Yang dikatakan `assobiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman”.
(Riwayat Abu Daud)
Ianya adalah fitrah saudara… fitrah. Anda dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, apakah ianya sesuatu yang salah? untuk anda bangga dengan diri anda? Apakah perasaan berbangga itu membenarkan rakan anda dapat keputusan buruk?
Saling mengenali keturunan kita, dengan mempelajari sejarah keturunan itu. Apakah saya berbangga dengan sejarah bangsa saya bermaksud saya menolak sejarah Islam? Kalau anda rujuk page saya itu, setiap hari saya menulis mengenai sejarah Islam. Bahkan banyak perkongsian mengenai Islam.
Analoginya senang, katakanlah anda mempunyai sebuah keluarga. Ayah anda adalah seorang tentera yang menyelamatkan negara, apakah anda bangga dengannya? Pasti.
Analogi lain, anda adalah orang Malaysia, Malaysia menang Piala AFC, bangga kan? Kenapa bangga? Kerana anda dibesarkan di sebuah negara bernama Malaysia, hidup di dalam kalangan negara itu, sudah mengatakan taat setia pada negaranya. Pasti anda bangga kerana anda sebahagian daripada Malaysia.
Sama juga dengan bangsa. Anda dibesarkan dalam budaya bangsa anda, anda dibesarkan dengan bahasa keluarga anda. Kalau tidak bangga bila bangsa anda melakukan sebuah kejayaan, saya tidak tahu mengapa anda menolak fitrah itu.
sumber: fb dunia seni silat melayu
megachannelz