malaysiafootballhistory

Ramai yang masih kabur tentang asal usul dan sejarah Sukan Bolo sepak di Negara Malaysia.
Sukan bolo sepak telah diperkenalkan oleh bangsa Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Menurut cerita seorang Mahaguru Sakti daripada Pertapaan Gua Gunung Ledang, Sebuah buku pedoman latihan perang yang ditemukan di tahun 1887 di Gunung Ledang menyebutkan bahwa permainan sepak bola telah dimainkan oleh hulubalang Melaka. Buku ini menyebutkan bahawa Hulubalang2 Istana Melaka ini melakukan latihan fizikal dengan memainkan bola kulit yang bahagian dalamnya diisi dengan sabut kelapa, bulu dan rambut agar lebih empuk.
Dalam peraturannya, bola hanya boleh digerakkan menggunakan tongkat kayu yang juga berfungsi sebagai alat membela diri dalam pertandingan. Bola kemudian dimasukan ke dalam gawang kecil berbentuk setengah lingkaran.
Namun begitu, banyak yang beranggapan bila latihan fizikal yang dimainkan oleh para hulubalang Istana Melaka pada masa lampau ini tidak termasuk dalam jenis permainan bolo sepak melainkan masuk ke jenis softball.
Menurut cerita seorang Mahaguru Pertapaan Ajian Sakti dari Gua Gunung Kerinchi pula, permainan Bolo sepak ini bermula di sebuah laman milik Pak Datu dan Mak Datu di Kg Duyung Melaka. Mereka mempunyai seorang Anak lelaki yg bernama Si Sopak. Malang menimpa anaknya Si Sopak telah dijangkiti penyakit kulit Sopak sejak berusia 6 tahun. Oleh kerana itu tidak ada kanak2 sebaya yg sudi bermain dengannya. Si Sopak selalu berasa sedih dan sepi. Untuk menggembirakan hati anak mereka, Pak Datu telah mencipta sebiji bola dengan daripada sabut kelapa. Pak Datu mengajak Si Sopak bermain bola itu di halaman rumah mereka yg luas.
Pada satu hari sewaktu Laksamana Hang Tuah sedang berjalan melawat kawasan kg Duyung beliau ternampak Pak Datu dan Si Sopak sedang bermain bola sabut kelapa itu. Hang Tuah bertanya pada hulubalang yg bersamanya,
“Permainan apakah yg dimainkan oleh mereka dua beranak itu, nampak sungguh menarik.”
“Hamba pun tidak pasti Dato Laksamana”
“Baik, mari kita tanya mereka”
Lantas Laksamana Hang Tuah dan hulubalangnya pergi menemui Pak Datu dan Si Sopak.
Pak Datu sangat terkesima pabila melihat Laksamana Melaka yg tersohor itu singgah di halaman rumahnya. Lantas beluau menjunjung sembah dan berkata,
“Ampun Dato, apakah hajat Dato datang ke halaman rumah hamba yg usang ini”
Hang Tuah pun terus bertanya,
“Boleh aku tahu apakah nama permainan yg tuan hamba mainkan bersama anakmu itu.Nampak sungguh menarik?”
” Owh, ini bola sabut kelapa Dato. Hamba main sepak -sepak bersama anakanda hamba Si Sopak ini”
“Oh begitu. Bolehkah tuan hamba membuatkan satu untuk Aku?”
Pak Datu terus menjawab,
“Kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan Dato”
Hang Tuah telah membawa pulang bola sabut kelapa itu pulang ke istana dan memperkenalkan permainan itu kepada hulubalangnya.
Mereka sgt menggemari permainan itu.
Seorang hulubalang kanan istana bertanya kpd Hang Tuah,
“Apakah nama permainan ini Laksamana?”
” Permainan Bola Si Sopak”
Jawab Hang Tuah.
Dari situlah bermula asal usul sukan bola sepak yg telah dicipta oleh Bangsa Melaka yg sudah 754 tahun mencipta tamadun. dan seterusnya berkembang di Tanah Melayu apabila pihak british membawa permainan ini dengan impak yang lebih besar ke Melaka pada tahun 1825 yang ketika pada masa itu permaninan ini sangat popular di negara-negara eropah, maka tercipta lah liga Malaysia dan Piala Malaysia yang dikatakan piala tertua di Asia Tenggara ini pada masa itu.

megachannelz