china-maju

PERASUAH DIHUKUM MATI DAN SEBAHAGIAN ORGAN PENTING DIDERMAKAN KEPADA RAKYAT

Republik Rakyat China semakin membimbangkan Amerika Syarikat (AS) dalam persaingan ekonomi global dan juga kekuatan ketenteraannya.

Ekonomi China bangkit setelah negara berpenduduk 1.2 bilion orang itu berjaya menumpaskan ratusan koruptor yang telah memakan kewangan negara hanya dalam beberapa tahun.

Untuk menakut-nakutkan pegawai kerajaan negara-nya agar tidak melakukan rasuah, kerajaan China menjalankan hukuman tembak mati kepada koruptor yang dilaksanakan di hadapan ribuan orang awam dan diperintahkan untuk ditayangkan oleh stesen-stesen televisyen tempatan secara berulang-ulang dalam beberapa bulan.Bukan itu sahaja, selain menyita hartanya, kerajaan China juga mengambil beberapa organ tubuh penting koruptor yang dihukum mati seperti mata, hati, jantung dan buah pinggang untuk di dermakan kepada penduduk negaranya yang memerlukan.Jenazah setiap koruptor yang telah di hukum akan diserahkan kepada keluarganya tanpa lima organ tubuh tersebut.Kesannya, kini China berjaya bangkit mengukuhkan ekonomi rakyatnya dan menjadi seperti ekonomi di kawasan Asia dan Eropah. Kekuatan ekonomi baru China yang disertai kecanggihan alat pertahanan ketenteraannya telah dianggap sebagai ancaman serius bagi AS dan Israel serta negara-negara Eropah.

perasuah dibunuh

megachannelz