Leopard_2A4_Singapore_Airshow_2008_rectified

Gambar MBT milik Singapura dari jenis Centurion, AMX 13 dan Leopard.

Turut dipaparkan gambar dari eksesais Bold Kurukshetra dengan India yang diambil dari website Kementerian Pertahanan Singapura. Kelihatan juga krew MBT Leopard sedang berlatih menggunakan simulator kereta kebal itu.

Pembelian PT-91 Pendekar dari Poland banyak menimbulkan polemik di kalangan negara jiran.

Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan Scorpion. Scorpion walaupun membunyai bentuk seperti sebuah kereta kebal dan berunut tetapi ia bukanlah sebuah MBT. Ia lebih layak dipanggil sebagai sebuah kenderaan peninjau (scout) atau boleh dikategorikan sebagai kereta kebal ringan.

Scorpion mempunyai berat hanya 8 tan sahaja dan mudah dikronyok oleh senjata seperti pelancar RPG ataupun misil anti kereta kebal milik Singapura dari jenis Spike dan Matador (buatan Singapura dengan kerjasama Israel).

Scorpion turut digunakan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Tentera Darat Di Raja Thailand. Thailand turut mempunyai MBT dari jenis Type 69 (buatan China) dan M60 dan M48 Patton (US) serta kereta kebal ringan dari jenis Stingray (US), M24 Chafee (US) dan M41 Walker Bulldog (US).

TNI juga tidak mempunyai MBT dan hanya menggunakan kereta kebal ringan seperti Scorpion, AMX 13 dan PT76.

Brunei hanya mempunyai Scorpion.

 

 

DCF 1.0

DCF 1.0

Apa itu MBT?

MBT merupakan kenderaan tempur utama sesebuah angkatan tentera. Berat sesebuah MBT mungkin bermula di antara 40 tan sehingga ke 60 tan. Secara mudah, semakin berat sesebuah tank, semakin baik sistem perlindungannya (tidak termasuk sistem perlindungan tambahan seperti blok ERAWA atau ERA – Explosive Reactive Amor) dan sistem perlindungan pasif dan aktif yang lain.

MBT generasi pertama seperti M48 Patton (Thailand) mempunyai berat 45 tan berbanding generasi kedua M60 (Thailand) iaitu 50 tan. Beza kedua-dua tank yang dibina dari chasis yang sama adalah, M48 dilengkapi dengan meriam 90mm dan M60 dengan senjata 105mm.

PT-91 merupakan MBT dari generasi muktahir iaitu generasi ketiga sekelas dengan Abrams (US) dan Leopard yang baru dibeli oleh Singapura. Jangan sesekali samakan PT91 dengan T-72 walaupun kedua-duanya berkongsi chasis yang sama tetapi teknologi mereka berbeza.

Tahukah anda? Singapura sebenarnya sudah mempunyai MBT sejak sekian lama dan MBT pertama mereka ialah dari jenis Centurion yang mempunyai berat 52 tan dan perisai setebal 6 inci. Ia juga mempunyai senjata yang baik iaitu 105mm jenis rifel (rifel adalah kategori meriam MBT selain dari meriam jenis Smoothbore).

Singapura mempunyai MBT Centurion dari jenis MK3 dan MK7 yang dibeli dari India sebanyak 63 buah pada tahun 1975. Ada sumber yang menyatakan Singapura cuma membeli 12 sahaja. Singapura kemudian menambah lagi tank jenis itu (jumlah tidak diketahui) dari Israel dan kemudian menaiktarafkan kesemua kereta kebal tersebut.

Pemilikan MBT Centurion ini bagaimanapun tidak dihebohkan, umum lebih mengetahui Tentera Singapura hanya dilengkapi dengan kereta kebal dari jenis AMX13 dan AMX10 (buatan Peranchis). Jika kita perhatikan, iklan-iklan ketenteraan Singapura tidak pernah memaparkan gambar MBT Centurion mereka dan Centurion tidak pernah dipertunjukkan semasa Hari Kebangsaan republik itu.

Kelibat Centurion memang tidak dilihat di Singapura, sepanjang masa, MBT itu disimpan di Taiwan serta Brunei dan jika perang, ia akan dihantar melalui kapal. Kalau tidak silap, Centurion Singapura digelar “Tempest” selepas proses naiktaraf.

Selain Centurion, Singapura memiliki sejumlah kereta kebal AMX13 dan AMX10 sebanyak lebih kurang 300 buah dengan meriam jenis 75mm rifel, semua kereta kebal AMX milik Singapura telah dinaik taraf oleh ST Kenetics.

Permodenan dibuat ke atas sistem transmisi, sistem laser range finder, sistem thermal imaging, engin dan sebagainya.

Pada tahun 2008, sebagai reaksi kepada pembelian PT91 Pendekar oleh ATM, Singapura telah melengkapkan ketumbukan armornya dengan MBT terpakai dari Jerman iaitu Leopard 2A4 dan dipercayai sebanyak 66 Leopard dan 30 kereta kebal spare part dari jenis yang sama telah dibeli melalui Fasa 1.

Fasa 2, Singapura membeli 36 Leopard tidak termasuk sejumlah kereta kebal spare part yang kuantitinya tidak diumumkan (Sila lihat disini…sparepart. Sparepart ini mungkin sebenarnya Leopard yang boleh dipakai).

MBT Leopard ini mempunyai berat 63 tan dengan senjata jenis 120mm Rheinmetall L5 Smoothbore. Leopard milik Singapura merupakan MBT terbaik di rantau ini malah mungkin di dunia dan sekelas dengan M1 Abrams milik US.

Ia turut dilengkapi dengan alat pandang malam serta sistem peperangan elektronik yang canggih, di mana setiap sebuah MBT Leopard milik republik itu mampu berkongsi maklumat dengan kereta kebal lain milik republik itu.

Dipercayai, Leopard termasuk kereta perisai lain milik Singapura dilengkapi dengan armor dari jenis Mexas yang dibangunkan German atau dari jenis AMAP. Ini bererti Leopard mereka mempunyai perlindungan yang setaraf dengan Leopard terbaru iaitu dari jenis L2A6.

Sistem MEXAS bagaimanapun mempunyai banyak variasi, tidak diketahui samada kereta perisai dan MBT Singapura dilengkapkan dengan variasi MEXAS jenis ringan, medium atau berat.

Ia tidak meletup jika terkena tembakan roket berbanding sistem blok ERA atau sistem armor blok ERAWA yang digunakan oleh PT91 Pendekar. Blok reactive armor atau ERAWA akan meletup apabila terkena tembakan (letupan akan memesongkan kuasa peledak roket anti kereta kebal musuh) tetapi akan letupan blok itu akan membunuh atau mencedera askar pengiring berhampiran.

Krew MBT Leopard menjalani latihan mereka di Shoalwater Bay Training Area di Queensland, Australia sejak dari Okt 2008 memandangkan tiada lapang sasar yang sesuai di republik itu.

LEOPARD SINGAPURA DARI SEGI TAKTIKAL

MBT Leopard Singapura sangat berat iaitu 63 tan berbanding PT91 Pendekar (45 tan sahaja). Singapura mempunyai MBT yang mempunyai sistem armor dan meriam yang sangat baik, itu belum termasuk sistem peperangan elektronik yang dipasang pada kereta kebal jenis itu.

Ada sebab mengapa MBT dari berat 50 tan ke atas tidak sesuai digunakan pada permukaan bumi seperti di Malaysia.

Bertanah gambut, lumpur pada musim hujan, jambatan, landasan dan jalanraya yang tidak mampu menampung berat 50 tan ke atas. Itu belum termasuk hutan dan keadaan geografi yang tidak mengizinkan sesebuah ketumbukan armor bergerak lincah.

Medan pertempuran di Malaysia tidak sama dengan medan peperangan di Iraq atau medan pertempuran Kursk pada 1943 yang kekal menjadi senario pertempuran kereta kebal German dan Russia yang terbesar dalam sejarah.

Permukaan bumi Malaysia agak sempit, berbukit bukau, diserakkan dengan paya, ladang getah dan kelapa sawit, ia sememangnya merupakan perangkap semulajadi ke atas sebuah kereta kebal. Leopard yang seberat 63 tan mungkin dengan mudah terperangkap dalam selut atau berhadapan dengan masalah mobiliti dalam kawasan hutan dan ladang.

Hanya sebahagian kecil sahaja dari permukaan bumi Malaysia yang mungkin sesuai untuk pergerakkan MBT seperti Leopard dan ini termasuklah lebuhraya Utara-Selatan. Kawasan bandar? Ya, tetapi sebarang ahli taktisyen tentera mengetahui bahawa pertempuran urban atau bandar merupakan perangkap yang amat ditakuti oleh krew kereta kebal.

Dengan armor yang berat 63 tan, tentera Singapura juga harus memastikan bekalan minyak dan sokongan yang baik untuk kereta kebalnya, dengan tangki penuh, MBT Leopard Singapura boleh bergerak sejauh 520 kilometer.

Peperangan di Iraq menyaksikan bagaimana sokongan barisan belakang tentera US dijaga rapi kerana kereta kebal M1 Abrams yang menggunakan enjin turbin gas amat cepat kehabisan minyak. Hebat pada hari pertama dan mungkin menjadi gajah yang lumpuh kakinya pada hari-hari seterus selepas itu.

Perang Dunia Kedua juga telah membuktikan bahawa penggunaan MBT yang berat, canggih dan gagah seperti Tiger milik Jerman bukan jaminan kemenangan (Banyak faktor pro dan kontra tetapi saya tidak akan ulaskan). Mungkin US berjaya membuktikan kehebatan dalam kelas berat seperti M1 Abrams di Iraq tetapi pembaca harus ingat, medan pertempuran di sana bagaimana?

Pada masa yang sama, mengapa penggunaan kereta kebal tidak rancak semasa peperangan di Vietnam yang mempunyai iklim dan geografi yang sama seperti Malaysia dan mengapa MBT menjadi mangsa ratahan roket anti kereta kebal semasa di Chennya. Sila lihat perbezaan medan pertempuran.

Kesimpulannya, Singapura mempunyai ketumbukan MBT Leopard yang sangat baik. Jika berdepan secara satu dengan satu, PT91 Pendekar dengan mudah dihancurkan oleh Leopard Singapura. Bagaimanapun peperangan bukan bermakna, seorang askar dihadapkan dengan seorang askar yang lain atau sebuah MBT dengan MBT yang lain.

Banyak yang harus diambil kira, faktor geografi, taktik, sokongan dan banyak lagi.

Singapura dengan jumlah penduduk yang sedikit serta atas faktor psikologi, mungkin terpaksa memilih sebuah MBT yang mampu menawarkan sistem perlindungan yang baik kepada tenteranya.

Bayangkan Israel tanpa MBT Merkava atau US tanpa M1 Abrams? Sanggupkah rakyat mereka menerima kematian demi kematian yang berlaku ke atas krew MBT negara terbabit.

Leopard merupakan sebuah kereta kebal yang amat hebat di rantau ini tetapi ia boleh dimusnahkan, seorang komander MBT Leopard Singapura yang baik sudah tentu tidak akan mendedahkan bahagian lemah kereta kebal itu iaitu di bahagian bawah, belakang dan atas.

Di Iraq, ada bukti bahawa senjata kuno seperti roket RPG berjaya merosakkan sebuah M1 Abrams milik US tetapi ia cuma peluang yang datang iaitu apabila ianya mendaki bukit dan bahagian bawah MBT itu terdedah.

Disini disertakan perbualan yang diambil dari sebuah forum ketenteraan iaitu militaryphotos.net.

Seorang ahli forum telah menyertakan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan kepada seorang komander Briged 10 Panzer dari Poland.

Poland merupakan pengeluar PT91 tetapi telah membeli 128 MBT Leopard 2A4 (sama dengan Singapura) dari stok terpakai Jerman.

PETIKAN DARI FORUM MILITARYPHOTOS.NET/FORUMS/

On one of the Polish forums there was a post and a long story of a tank commander who was from 10th panzer (tank) cavalry brigade, and he was comparing Leo2A4 they recieved and PT-91 they used before. He said it’s slightly different tank philosophy, very comfortable, much more accurate rounds (120mm), easier maintenance like changing the whole powerpack takes about 2.5 hours in Leo 2A4and in T-family it takes about 23h. He also said our T-72s are
very faulty and break a lot. If you’re interested I can translate his post, it’s quite interesting.

Although the comparison is obvisouly not too fair, the T-72 is much much older than the Leo2 (especially the latest verisons). I think that the point is to compare frames, not the specific tanks. For example I think that PT-91M is a better tank then our old Leo2A4, but it’s not impotent. Impotent is that T-72 frame sux and whatever sophisticated equipment you will put in it, it still will be worst then western designs and as long for some reason you don’t need a light tank
(around 45t) the western designs will be better (and more expensive).

I think that we should replace stabilization and give our PT-91s new ammo and keep them in line till 2020 (and then replace them with some FCS).

Question:
How can you compare the armour of Leo-2A4, PT-91 and T-72M1

Answer:
It’s not really comparable. I was talking with a friend who was taking part in shootings to an armour covered with

ERAWA (polish reactive armour. It didn’t stand any chance against APFSDS, against HEAT it was much better. I had a couple of pics from the German shooting range, after the shooting a T-72. It’s funny but in Germany you’re not allowed to use combat APFSDS because of it’s range, so they used some training APFSDS. The tank was shoot apart no matter on the place of hit/impact. The shape of the tank has completely no meaning so there’s no ricochetting (spell?) about which I was taught as a tanker for years, in the most round places the
shelles went throught the tank (in and out).

Question Leo2A4 has a better power to weight ratio, how does it look in practice?

Answer
Also uncomparable. Acceleration, breaking, mobility on the pitholed road in hard terrain are couple of times better than ours “t” series tanks. Two examples. In 2002 we used ours WZT2 based on PT-91 underpinnings. We had the same training ground as the Leos and the Wzt which is lighter because it has no turret was far behind the Leos. It was possible to go faster because it was enough power but the suspension gave up. The second I was driving a Leo in a
light terrain (sandy) 65km/h.

Question:
How can you compare the accuracy of Leo-2A4 to PT-91 and T-72M1?

Answer:

There’s no need to talk about T-72. As for PT-91 it had something called by the producer “floating/wandering (?) point of impact”. Someone want to ask more about accuracy? Leo with a good trained crew can destroy a target that appeard in his sector in 14-16 seconds. No PT-91 or T-72 could do that, maybe by a chance.

Question:
Can you compare the ammunition of Leo-2A4 to the PT-91/T-71M1?

Answer:

The basic purpose of a tank is a fight against other tank and this is what the APFSDS is the best for. The APFSDS of the T-72 is restricted in lenght so it’s restricted in armour penetration (two-parts ammo). Leo doesn’t have such problems. The PT ammo has better velocity but it’s not as effective. The plus for the PT is the HE round. We didn’t recieved the HE rounds yet for the Leo.

Question:
Couple of questions regarding the FCS

– minimum and maximum range that are automaticly entered
– max. speed of the target
– max. perpendicular wind speed
– time of recalculating correction
– air temperature

Answer:
– range is 200-9990m (above 4000 fire is blocked)
– it depends of the turret angle speed and target range (possible to hit a target running at 65km/h)
– realtime (for me unnoticable)
– air temp is entered manually
– windspeed is entered manually, the maximum value I was entering was 15 m/s more is not needed but I can check it.

Question:

How the practical rate of fire looks like compared to T-72 autoloader. Is live loader faster? And is he an advantage or disadvantage.

Answer
In theory the PT-91 auto is faster. Good manual loader makes 4 rounds in 20 sec. Autoloader is very unreliable. It has the ability to jam and than the fight with an “alien” begins.

Question:
How often do you use laser rangefinder. Is it useful in times when more and more tanks has systems similar to OBRA (automatic smoke grenade launcher when laser detected)?

Answer:
We use it always before the fire. And as for OBRA it’s not useful as in the very second the shell is on it’s way. OBRA is more useful against other sources lighetning the target. In modern battlefield there will be so many laser beams OBRA can fool the crew and FCS itself.

 

sumber: Military of Malaysia

megachannelz