kucing

 

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini. Saya akan rungkaikan di sini 3 tanda apabila kucing datang kepada kita, bukan orang lain. |

(1) Allah sedang bagi tahu makanan kita yang kita rasa hak kita itu, bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

(2) Allah sedang bagi tahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas dengan 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Kaya untuk bagi lebih dari itu.

(3) Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki dari Allah itu luas, bukan hanya pada wang. Tapi meliputi semua kehidupan kita. Ingin ikhlas memberi?

Berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan. Dan haiwan sentiasa bertasbih memuji Allah.

megachannelz